Bakar Saja Lemak Itu
Bila sebut je pasal lemak mesti orang akan terfikir pasal gemuk. Tapi kena ingat satu benda, lemak itu sememangnya diperlukan oleh tubuh badan kita. Cuma badan kita tak perlukan lemak yang BERLEBIHAN kerana berlebihan itu akan membebankan badan kita.
Badan kita perlukan lemak sebagai salah satu sumber tenaga yang terdapat didalam badan. Kalau nak tahu 1 gram lemak akan memberikan lebih kurang 9kcal berbanding dengan 1 gram karbohidrat yang memberikan lebih kurang 4kcal. Dua kali ganda lebih banyak
Ini adalah beberapa cara untuk membakar lemak.
Aktiviti Kardiovaskular
Bilamana kita melakukan aktiviti dalam jangka masa yang panjang, badan kita akan menggunakan lemak sebagai sumber tenaga kerana tenaga yang dihasilkan daripada karbohidrat lebih digunakan sebagai tenaga jangka masa yang pendek.
Membina Otot
Secara tidak langsung, kita akan membakar lebih lemak untuk memenuhi keperluan kalori harian tambahan kita.
Menjaga Pemakanan
Bagi membantu membakar lemak, JANGAN sekali-kali kita tidak makan langsung semasa dalam proses untuk mengurangkan peratusan lemak dalam badan.
Cara untuk kita membuatkan badan kita membakar lemak adalah dengan mengambil kalori yang kurang. Maksudnya kita kurangkan jumlah makanan yang kita ambil pada setiap kali kita makan. Mudah bukan?
Ini sahaja perkongsian saya pada malam ini. Kalau pembaca semua ada sebarang penambahan atau pembetulan fakta boleh saja untuk komen ataupun personal message saya. Jangan risau saya tak makan orang. Hihihi.
Jangan lupa #ProjekJaguh dan #Jaguh. Adiosssss!!
0 comments: