Showing posts with label Projek Jaguh. Show all posts

Kenapa Jaguh?


Hai semua. Okay untuk entry kalini saya nak buat ringan-ringan je. Kenapa saya pilih Jaguh bukan nama lain.

Jaguh ni kalau sekali dengar mesti orang akan maksudkan sebagai juara. Sampai ada pepatah yang menggunakan jaguh iaitu "Jaguh Kampung".

Sebenarnya tujuan saya memilih Jaguh sebagai representasi bagi diri dan perkara yang saya ingin buat adalah kerana saya mengagumi sikap seorang Jaguh.

Secara logiknya, seorang Jaguh mestilah sentiasa bersedia untuk menghadapi cabaran yang bakal dihadapi tak kira dalam pertandingan ataupun latihan. Dalam menghadapi pertandingan, seorang Jaguh pasti akan menyiapkan diri mereka tak kira dari segi fizikal ataupun mental. Kerana untuk menjadi Jaguh dalam acara yang dihadapi memerlukan pengorbanan

Adakah Jaguh hanya terpakai untuk sukan?

Sudah semestinya tidak. Disinilah bermulanya idea #ProjekJaguh ini. Saya dan rakan saya berpendapat bahawa alangkah seronoknya hati kami sekiranya dapat melihat setiap orang mampu menjadi Jaguh bagi orang disekeliling mereka. Menjadi Jaguh dari segi menghulurkan pertolongan, prihatin terhadap orang sekeliling, tidak mementingkan diri dan bermacam-macam lagi kebaikan yang dapat disebarkan kepada orang lain.

Jadi kenapa perlu menunggu orang lain berbuat baik, sedangkan kita sendiri boleh memulakan kebaikan tersebut. Jadi kegunaan #ProjekJaguh disini adalah untuk mengembalikan kemanusiaan dalam dunia yang mana semakin hari semakin rakus mengejar keuntungan semata.


Bagaimana kami hendak mengembalikan kemanusiaan? 

Entahlah. Kami pun tak pasti lagi bagaimana kami akan mengajak kita semua berbaik-baik. Mungkin ilham akan datang kepada kami tetapi kami akan terus berusaha bagi mengajak kalian semua untuk berbuat baik sesama kita.

sekian sahaja daripada saya. Adiossssss!!

Terima Kasih JAGUH!

The limits of my language are the limits of my world

TERIMA KASIH JAGUH!| Assalamualaikum , #projekJaguh idea bersama 2 orang sahabat yang mempunyai cita-cita tinggi untuk mengubah Malaysia ke arah pemikiran kreatif dan kritis. Memfokuskan kepada belia yang dilihat semakin kecundang dizaman era teknologi yang menguasai dunia, disamping mengasah bakat terpendam dalam bidang penulisan. 

Bakar Saja Lemak Itu


Bila sebut je pasal lemak mesti orang akan terfikir pasal gemuk.  Tapi kena ingat satu benda, lemak itu sememangnya diperlukan oleh tubuh badan kita. Cuma badan kita tak perlukan lemak yang BERLEBIHAN kerana berlebihan itu akan membebankan badan kita.

Badan kita perlukan lemak sebagai salah satu sumber tenaga yang terdapat didalam badan. Kalau nak tahu 1 gram lemak akan memberikan lebih kurang 9kcal berbanding dengan 1 gram karbohidrat yang memberikan lebih kurang 4kcal. Dua kali ganda lebih banyak

Ini adalah beberapa cara untuk membakar lemak.

Aktiviti Kardiovaskular


Aktiviti kardiovaskular adalah aktiviti yang bagus bagi menjaga kesihatan jantung kerana aktiviti ini akan melatih jantung untuk bekerja kuat untuk tempoh masa yang panjang.

Bilamana kita melakukan aktiviti dalam jangka masa yang panjang, badan kita akan menggunakan lemak sebagai sumber tenaga kerana tenaga yang dihasilkan daripada karbohidrat lebih digunakan sebagai tenaga jangka masa yang pendek.

Membina Otot


Membina otot ni sebenarnya satu cara yang berkesan untuk menambahkan bilangan kalori yang dibakar. Maksudnya dengan kita membina otot, keperluan kalori harian kita akan bertambah.

Secara tidak langsung, kita akan membakar lebih lemak untuk memenuhi keperluan kalori harian tambahan kita.

Menjaga Pemakanan


Bila kita sebut pemakanan je mesti takkan lari daripada perkataan "Diet". Diet ni sebenarnya bukanlah bermaksud tidak makan, tapi diet ni kita harus faham sebagai cara kita menyusun pemakanan kita. 

Bagi membantu membakar lemak, JANGAN sekali-kali kita tidak makan langsung semasa dalam proses untuk mengurangkan peratusan lemak dalam badan. 

Cara untuk kita membuatkan badan kita membakar lemak adalah dengan mengambil kalori yang kurang. Maksudnya kita kurangkan jumlah makanan yang kita ambil pada setiap kali kita makan. Mudah bukan?

Ini sahaja perkongsian saya pada malam ini. Kalau pembaca semua ada sebarang penambahan atau pembetulan fakta boleh saja untuk komen ataupun personal message saya. Jangan risau saya tak makan orang. Hihihi.

Jangan lupa #ProjekJaguh dan #Jaguh. Adiosssss!!

"Projek Jaguh"


  • Dicipta bagi mengajak rakyat Malaysia untuk menjadi manusia yang lebih baik dari segi Kesihatan Fizikal, Mental dan juga Perlakuan. 
  • Jadinya kita akan fokus kepada diri sendiri dahulu kemudian beralih untuk menyenangkan orang lain.
  • Saya akan berkongsi pengetahuan yang saya ada mengenai kesihatan fizikal dan mental serta deria rasa yang ke 6 saya iaitu "common sense" bagi bersama-sama kita menjadi manusia yang lebih baik di muka bumi ini
  • Kenapa perlu menjadi lebih baik?
    • Sebab Malaysia ni kita yang corakkan. Kalau kita yang corakkan itu buruk, maka buruklah jadinya Malaysia ni. Kalau corak kita elok, maka eloklah Malaysia jadinya.
    • Generasi yang lebih muda akan mengikuti contoh generasi yang sebelumnya tunjukkan. Orang cakap lead by Example. Kalau contoh yang kita tunjuk tu baik, boleh jadi orang yang meniru kita juga jadi baik
    • lebih mudah untuk kita mengajak orang lain berubah kearah yang lebih baik.
  • Korang bole jumpa saya di sosial media :
  • Digalakkan untuk menggunakan #Jaguh dan #ProjekJaguh untuk menyokong projek ini.

P/S : Saya tak sempurna dan saya boleh ditegur. Kalau ada kesilapan dalam memberikan maklumat boleh terus komen. Lebih baik bagitahu supaya saya tahu kesalahan saya. Tq bruh