Persiapan Seorang Backpacker #JILID 1
Be PREPARED!
SELAMAT DATANG DUNIA KARYA!| Assalamualaikum , kenapa dengan dunia KARYA? kenapa dengan penulisan? kenapa? kenapa? OK! Untuk makluman, aku sedang dalam perancangan untuk membuat ebook dan buku tentang perjalanan pengembaraan aku ke negara luar. Jadi sebagai mukadimah, aku akan menulis dahulu dalam #projekjaguh ini. Dugaan sebagai seorang penulis memang mencabar memandangkan aku bukanlah seorang yang berjiwa seni.
"But I'm not an artist. Maybe an artist with a small a."
EPISOD 1!| Kenapa ramai ingin menjadi BACKPACKER? adakah title 'Backpacker' ini wajib bagi seorang pengembara?. Haaaa.. pasal ini aku akan ulas kemudian. Pertama sekali, aku nak mentafsirkan definisi Backpacker. Pada pendapat aku, Backpacker kalau diterjemahkan secara terus bermaksud BAG GALAS. Jadi, bag yang digunakan secara galas dan mudah untuk dibawa kemana-mana. Lihat gambar atas, bag merah yang besar, dan boleh digalas. Pengertian lain bagi aku adalah cara seseorang mengembara dengan bajet yang rendah, tidur yang tak lena, penat yang berpanjangan tetapi pengalaman yang bermakna!. OK? Jelas? jadi apa persiapan awal sebagai seorang BACKPACKER?
ASAS | Untuk menjadi seorang Backpacker atau 'pengembara', kita bukan melihat pada bajet dan tempat yang akan dilawati. Tetapi, pertama sekali kita perlu 'Brainstorm' diri kita. Kita memilih menjadi Backpacker kerana apa? untuk kemegahan? untuk pengetahuan? untuk mencari jodoh? Jadi persiapan pertama ini (BRAINSTORM) perlu dilakukan supaya urusan kita yang seterusnya akan menjadi mudah. Sebagai contoh, kita ingin menjelajah atas sebab ingin belajar adat manusia. Jadi, tugasan kita seterusnya adalah membuat 'listing' jenis adat apa yang kita mahukan. Adakah kita ingin melihat bagaimana 'tarian matahari' dilakukan? atau upacara voodoo?atau upacara perkahwinan orang Indonesia?Jika kita sudah jelas dengan matlamat, jadi mudah untuk kita target tempat yang akan dilawati. Jadi jika ditanya pada aku, apakah matlamat aku mengembara? jawapannya adalah, aku ingin menjejaki setiap sudut tempat yang ada didalam peta. :D
You were the Chosen ONE!
FIZIKAL | Selepas membuat kaedah BRAINSTORMING (Mental), jadi kita berpindah pada persiapan fizikal. Antara persiapan fizikal yang perlu dilakukan ialah :
1. Sediakan bajet yang secukupnya.
2. Sediakan Bag Galas.
3. Dapatkan info tentang tempat yang ingin dilawati.
4. PASSPORT yang paling penting.
5. ToDoList barang yang akan dibawa.
SAMBUNGAN | Untuk entry yang seterusnya, aku akan menerangkan kaedah/cara dan langkah2 yang aku gunakan sebelum aku memulakan pengembaraan aku. Jadi, secara am nya, aku akan berkongsi ilmu sebelum, semasa dan selepas aku mengembara.
Selamat Membaca